Navigation
Photos - Random

This widget requires Flash Player 9 or better.

Ke DuniaMisteri Dot Net
Tell A Friend

Your email:
Friend's email:
Copy for you?
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Sponsored Links

Sponsored Links
Selamat Tinggal Nasi!
Views: 107 - Written by: muzzafar - June 10 2008 23:56:35
 
10.06.2008 @ 3:56am

Pertama-tamanya ingin saya beritahu kali ini saya akan bercerita mengenai diri saya. Sebenarnya saya tidak gemar bercerita tentang diri sendiri kerana saya lebih gemar menulis sesuatu berorientasikan "idea". Namun kali ini terpaksa saya kecualikan itu semua. Ini kerana saya ingin beri contoh berdasarkan pengalaman sendiri yang menjadi bukti nyata yang telah saya lalui.

Terbaca saya satu berita bulan lalu mengenai seorang pakar motivasi kesihatan Kevin Zahari yang memberi saranan agar rakyat Malaysia mengamalkan memakan nasi segenggam setiap kali mengambil makanan itu. Memang benar nasihat beliau yang mengatakan selain dari dapat mengurangkan masalah kekurangan beras oleh negara ia juga boleh menghalang penyakit-penyakit seperti obesiti, osteoporosis dan juga barah.

www.muzzafar.com/images/condytookmyrice.jpg


Bagaimanapun di sini ingin saya berkongsi satu kesah diri saya sendiri mengenai saya dan tabiat makan nasi. Saya seorang yang jika makan nasi walaupun pada kadar yang biasa badan akan cepat naik. Lebih-lebih lagi jika mengambil nasi pada sebelah malam. Badan akan membulat dan leher pula seperti berlapis. Perut jangan ceritalah. Saya sendiri pun segan nak gunakan perkataan untuk memberi gambaran akan perut saya satu ketika dahulu.

Satu Jumaat, 3hb August 2007 saya dan para staff di bahagian tempat bekerja menerima satu bungkusan nasi briyani setiap seorang. Saya pun membawa nasi itu ketika pulang waktu tengahari. Di rumah, lauk yang dimasak ibu pula masakan kegemaran saya. Tidak cukup makan nasi beriyani yang dibawa pulang tadi, nasi dan lauk yang dimasak ibu pula saya kerjakan. Pulang dari pejabat pada sebelah petang bila terpandang lauk kegemaran masakan ibu sekali lagi saya tidak lepas peluang, saya makan lagi. Ketika selepas waktu Isyak saya makan lagi dan ketika tengah malam saya lihat lauk masih ada, saya makan lagi...

Keesokannya Sabtu merupakan hari cuti. Sebelah pagi saya makan mee. Tengahari bila lauk kelihatan menyelerakan saya makan pula nasi. Sebelah petang nasi, sebelah malam nasi, bila hampir tengah malam, nasi lagi. Ketika itu saya menyedari saya memang kuat makan. Hari berikutnya, 5hb August 2007 ada satu pertemuan dengan kawan-kawan kelab UFO di KL Sentral. Nasaruddin, salah seorang anggota bermurah hati membelikan kami apa sahaja yang ingin kami makan. Maka apalagi, saya pun makan nasi lagi dan seingat saya memang penuh pinggan ketika itu.

Di rumah pada sebelah malam saya makan lagi. Dan pada tengah malam itulah merupakan malam terakhir saya makan nasi dengan kadar yang terlalu banyak. Keesokannya Isnin, 6hb August 2007, saya berjanji kepada diri saya sendiri saya tidak akan makan nasi lagi. Sejak tarikh itulah saya menghentikan tabiat makan nasi.

Kini saya hanya makan lauk dan tidak lansung menyentuh nasi. Nasi hanya dimakan occasionaly. Begitulah caranya saya menurunkan berat badan. Dulu berat badan saya hampir 80kg tetapi sudah turun menjadi sebanyak 67kg. Jika dulu ketika berseorangan di mana-mana tempat awam menunggu sesuatu tiada berani yang hampir walaupun ada tempat duduk kosong di sebelah. Tetapi kini tidak lagi. Ada sahaja yang datang menghampiri dan berkata "Tumpang duduk ya baaaang....". Malas nak cerita lah tu kan.....!!!

- Muzzafar Zabidin
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.

© 2007 - 2008 by Elactos