Navigation
Photos - Random

This widget requires Flash Player 9 or better.

Ke DuniaMisteri Dot Net
Tell A Friend

Your email:
Friend's email:
Copy for you?
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Sponsored Links

Sponsored Links
Jangan Bimbang Doa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Views: 171 - Written by: muzzafar - December 01 2009 22:52:30
 
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Najib dan UMNO jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada negeri itu seharusnya tidak dibimbangi oleh sesiapa pun.

Doa adalah satu permintaan seorang makhluk kepada Allah dan doa adalah merupakan satu tanda tunduknya seseorang makhluk itu akan kebesaran Allah, justeru itu doa itu satu ibadah. Kepada siapa lagi seseorang itu harus berdoa dan meminta jika tidak kepada Allah.

Pernah satu ketika dahulu ketika Bani Israel tertindas dengan dahsyat oleh orang-orang Philistine berdoa kepada Allah agar didatangkan kepada mereka seseorang yang membela mereka. Kerana Bani Israel itu satu bangsa yang sangat-sangat dizalimi oleh bangsa Philistine ketika itu, maka Allah makbulkan doa Bani Israel. Maka lahirlah Samsun dengan kegagahannya membela bangsanya sehingga akhirnya akibat dari teman wanitanya yang berpaling tadah maka akhirnya dia tumpas jua di tangan bangsa Philistine.

Begitulah hebatnya satu doa, tanpa mengira dia itu bangsa apa atau ugama apa atau dia itu satu bangsa yang dikenali sebagai satu bangsa yang terkutuk sekali pun namun jika dia seorang yang dizalimi maka doanya pasti makbul.

Maka tidak seharusnya Najib dan orang-orang yang mengasihi Najib bimbang doa Datuk Nik Abdul Aziz itu. Ini kerana doa yang tiada hijab dengan Allah adalah doa orang-orang yang dizalimi. Lainlah kalau diri sendiri sedar telah melakukan kezaliman. Kalau tak mau masa depan awak tu dengan UMNO-UMNOnya sekali punah-ranah maka perbetulkanlah keadaan agar Datuk Nik Abdul Aziz dan rakyat Kelantan bukan dari golongan orang-orang yang dizalimi.
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.

© 2007 - 2008 by Elactos