Navigation
Photos - Random

This widget requires Flash Player 9 or better.

Ke DuniaMisteri Dot Net
Tell A Friend

Your email:
Friend's email:
Copy for you?
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Sponsored Links

Sponsored Links
Para Makhluk dan Nama Tuhan Yang Satu
Views: 172 - Written by: muzzafar - January 03 2010 09:28:57
 
Berhubung dengan keputusan mahkamah tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah sewajarnya kita bersyurkur kepada Allah kerana makhluk-makhlukNya tidak lupa akan Dia dan masih lagi mengakui kewujudanNya.

Yang paling membimbangkan adalah makhluk-makhluk yang tidak mengaku bahawa Allah itu wujud. Mereka yang beragama atheis, beragama free thinking sudah tentu tidak mengaku kewujudan Allah. Tuhan-tuhan atau para Ilah mereka yang beragama atheism adalah 'benda' iaitu sesuatu yang boleh dilihat, dirasa dan disentuh semata-mata dan itulah matlamat kehidupan mereka.

Ini bersesuaian dengan filsafat positivism yang digagaskan oleh Auguste Comte yang berpandangan bahawa pengetahuan yang sah (autentik) adalah berasaskan kepada suatu yang nyata semata-mata. Yang ghaib dan yang tidak kelihatan seperti wujudnya Tuhan atau dalam istilah Inggeris sering dirujuk sebagai the supreme being adalah tidak terkandung dalam filsafat positivisme dan ditolak samasekali.

Terjerumusnya seseorang ke dalam kancah positivisme memudahkan ideologi ciptaan seperti Communism atau Nihilism atau segala bentuk fahaman materialist meresap ke dalam jiwa. Apabila jiwa sudah tidak dapat 'melihat' Allah maka nilai baik dan buruk akan mempunyai maksud yang berlainan. Perkara baik itu boleh menjadi buruk jika mereka mahu yang baik itu menjadi buruk dan perkara yang buruk itu boleh menjadi perkara baik jika mereka mahu ia menjadi sesuatu yang baik.

Dalam pada itu ada satu lagi golongan yang sangat-sangat merbahaya. Mereka mampu menyebut Allah dengan gaya sebutan yang lebih Arab dari Arab tetapi dari segi tingkah laku seperti tidak mengaku lansung kwujudan Tuhan yang mereka panggil Allah itu.

Sebab itu kita jangan hairan mreka-mereka ini sanggup berdusta kepada masyarakat, memfitnah orang lain, merompak milik orang lain tidak kira merompak secara bersenjata atau menggunakan cara teknikal, milik orang lain adalah milik mereka jua, rasuah berleluasa, mengganggu orang yang tidak mengganggu mereka, penindasan bermaharajela dan macam-macam lagi perkara yang anda semua lebih maklum dari yang menulis ini.
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.

© 2007 - 2008 by Elactos