Manusia Tidak Pernah Mengambil Pengajaran Dari Sejarah
Views: 76 - Written by: muzzafar - June 12 2008 11:13:51
12.06.2008 @ 3:13am
Tidak diketahui siapakah yang memberi ungkapan "History is written by the winners" atau "History is written by the victors" yang membawa maksud "Sejarah dicatat oleh mereka yang menang". Ada yang mengatakan Winston Churchill, ada yang mengatakan Hitler. Soal siapa yang mula-mula sekali menyebut ungkapan tersebut mungkin tidak penting untuk dibicarakan di sini. Apa yang penting adalah maksud ungkapan itu.
Ungkapan itu memberi gambaran apa sahaja catatan sejarah yang kita pelajari hari ini adalah dilakarkan oleh mereka yang telah berjaya atau telah menang atau menguasai keadaan atau berjaya terutama apa sahaja bentuk perjuangan atau peperangan atau penaklukan atau sesuatu yang kononnya penemuan baru ke atas satu tempat, negara, benua atau apa jua bentuk persekitaran.
Perang Dunia Ke-2 memperlihatkan kepada kita akan kekalahan Hitler oleh Tentera Bersekutu. Maka sejarah pun mencatat segala keburukan dan kezaliman Hitler dan Kuasa Berikat dan akhirnya tewas dalam perang dunia tersebut. Maka secara umumnya tertera dalam catatan sejarah hari ini berbagai gambaran buruk yang diberikan terhadap Hitler dan Kuasa Paksi.
Namun sekiranya Hitler dan Kuasa Berikat berjaya menumpaskan Tentera Bersekutu tentunya sejarah yang ditulis hari ini pastinya tidak sama dengan apa yang tertulis dalam buku-buku sejarah yang wujud hari ini. Pastinya sejarah hari ini akan membongkar segala keburukan negara Kuasa Berikat dan sikap imperialis mereka.
Ini menjadikan apa yang dikatakan fakta sejarah suatu yang subjektif. Ia benar bagi sesetengah orang manakala bagi yang lain pula ia suatu fakta yang diputar belitkan. Maka mungkin ada benarnya apabila Napolean Bonaparte menyatakan "Sejarah itu hanya merupakan dongengan yang dipersetujui bersama".
Namun sejarah tetap sejarah. Samada ia suatu kebenaran atau satu kepalsuan sejarah terus dipelajari. Namun betapa banyak sekalipun manusia mempelajari sejarah, manusia masih mengulangi kesilapan yang lalu dengan mewujudkan perbahalahan sesama manusia sehingga berperang dan berbunuh-bunuhan. Apakah makna semua itu? Maknanya ialah "manusia tidak pernah mengambil apa-apa pengajaran daripada sejarah.
- Muzzafar Zabidin
Comments
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
© 2007 - 2008 by Elactos

