Navigation
Photos - Random

This widget requires Flash Player 9 or better.

Ke DuniaMisteri Dot Net
Tell A Friend

Your email:
Friend's email:
Copy for you?
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Sponsored Links

Sponsored Links
Kenapa Tidak Terus Ke Akaun Bank
Views: 54 - Written by: muzzafar - June 13 2008 00:44:28
 
12.06.2008 @ 4:44pm

Terima kasih kepada pihak berkenaan yang membolehkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan di akaun 2 bagi membayar ansuran bulanan perumahan. Wang ansuran itu akan dimasukkan ke dalam mana-mana akaun simpanan pilihan para pencarum.

Namun apa yang anehnya ialah kenapa tidak diberi kemudahan bayaran ansuran itu terus di masukkan ke akaun bank pinjaman perumahan yang dibuat. Bukankah itu kerja dua kali namanya apabila kita terpaksa mengeluarkan wang bayaran ansuran tersebut daripada akaun simpanan dan membayarnya di akaun bank pinjaman perumahan?

Jika terus ke akaun bank pinjaman, maka kita tidak perlu lagi membuang petrol yang harganya almaklum sahaja 'mencanak' naiknya. Kita tidak terpaksa bersesak di jalan raya, mencari dan membayar duit letak kereta semata-mata untuk ke bank.

Memang betul ada kemudahan pembayaran secara dalam talian iaitu perpindahan dari bank ke bank. Tapi harus ingat tidak semua bank memberi pinjaman memberi kemudahan kepada pelanggan untuk memindahkan wang dari bank akaun simpanan mereka. Lainlah kalau akaun simpanan dan akaun pinjaman perumahan berada di bank yang sama.

Kadang-kadang haru biru juga sistem yang wujud. Benda sekecil ini masih rumah siap pahat berbunyi. Well.. sekurang-kurangnya saya seorang yang mengetuk pahat... Itupun kalau saya seorang....

- Muzzafar Zabidin
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.

© 2007 - 2008 by Elactos