Navigation
Photos - Random

This widget requires Flash Player 9 or better.

Ke DuniaMisteri Dot Net
Tell A Friend

Your email:
Friend's email:
Copy for you?
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Sponsored Links

Sponsored Links
Harga Petrol : Masyarakat Munafik Nombor Satu
Views: 58 - Written by: muzzafar - June 18 2008 17:21:09
 
18.06.2008 @ 9:21am

Apabila kerajaan menaikkan harga petrol berbagai suara sumbang kedengaran. Ramai tidak berpuas hati dengan kadar baru yang melambung tinggi itu. Sehingga tersiar "RAKYAT TIDAK MAMPU BERGERAK" sebagai tajuk utama dalam akhbar yang memberi gambaran disebabkan oleh kenaikan harga petrol tersebut.

Parti-parti politik pembangkang sebagaimana biasa akan cuba menjadi jaguh berkokok. Demo diadakan di sana sini. Mujur kerana kemenangan yang tidak mencecah dua pertiga Barisan Nasional tempoh hari menyebabkan polis mungkin tidak diarahkan berkasar terhadap mereka yang berdemo.

Saya tidak tahu kesan sebenar kenaikan petrol kerana saya hanya bermotosikal sekiranya jarak sekadar ke Kuala Lumpur. Lain kalau balik kampung atau jarak destinasi jauh dari Kuala Lumpur, barulah kereta saya pandu.

Hujung minggu seperti biasa saya keluar bertemu kawan. Bertemu berbincang mengenai UFO, berbincang mengenai kes terbaru dan masa depan perkumpulan kami.

Minggu lalu saya mengadakan pertemuan sebanyak dua kali iaitu Sabtu dan Ahad. Sabtu kerana ada program di Muzium Negara. Selepas itu bertemu kawan di KL Sentral yang letaknya berhampiran. Keesokannya lagi sekali saya bertemu lagi dengan Jimi, Nasa dan Din-MIB di tempat biasa kami.

Dua hari keluar dari rumah bertemu kawan jumlah kenderaan di jalanraya masih banyak seperti biasa sama seperti sebelum kerajaan tidak mengumumkan kenaikan harga. Seolah-olah kenaikan harga minyak tidak mendatangkan apa-apa kesan lansung.

Kenapa? Kerana selain dari kerajaan munafik yang memerintah rupa-rupa yang masyarakat yang diperintah juga dua kali lima adalah masyarakat munafik yang cakap saja berdegar-degar mengenai kenaikan harga minyak. Tidak lansung ada tanda protes. Kereta masih banyak dijalanraya. Masih dipandu laju. Masih berlumba haram di hujung minggu.

Itulah dia masyarakat munafik yang cakap tak serupa bikin yang terpekik terlolong terlalak membantah mungkin hanya ingin menunjukkan kebijaksanaan beretorik bukannya ikhlas ingin memperbaiki sesuatu yang mereka anggap buruk.

- Muzzafar Zabidin
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.

© 2007 - 2008 by Elactos