Navigation
Photos - Random

This widget requires Flash Player 9 or better.

Ke DuniaMisteri Dot Net
Tell A Friend

Your email:
Friend's email:
Copy for you?
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Sponsored Links

Sponsored Links
PAS Terperangkap Dalam Pakatan Rakyat
Views: 65 - Written by: muzzafar - June 19 2008 09:33:49
 
19.06.2008 @ 1:33am

Segalanya bermula apabila PAS memberikan simpati terhadap Anwar Ibrahim apbila Mantan Timbalan Perdana Menteri itu dituduh melakukan berbagai kesalahan yang tidak masuk akal.

Sekiranya para pemimpin PAS bijak berpolitik mereka akan cuba memPASkan Anwar Ibrahim. Tetapi hanya kalangan tertentu sahaja dari mereka yang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim yang menyertai PAS. Yang menyerlah adalah Kamaruddin Jaafar yang pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden ABIM.

Selain dari itu terdapat juga muka popular yang menyertai PAS ketika gelombang REFORMASI misalnya Dr. Hassan Ali. Penglibatan kedua-dua mereka ini jelas menunjukkan mereka lihat PAS sebuah wadah yang sesuai untuk disertai.

Bagaimana pula yang lain? Mereka menubuhkan PKR. PKR merupakan serpihan UMNO. Mereka menubuhkan PKR kerana kecewa Anwar Ibrahim dilakukan begitu rupa oleh BN. Tetapi alangkah bagusnya jika menyertai PAS tanpa menubuhkan sebuah Parti politik baru. Persoalannya kenapa mereka tidak menyertai PAS yang memperjuangkan Islam dan keadilan.

Ini kerana aspirasi mereka bukan berorientasikan Islam seperti yang dicita-citakan oleh PAS. Tentunya cita-cita mereka adalah berlainan dengan PAS walaupun kedua-dua mereka kelihatan dalam satu perjuangan.

Bagaimanapun ini semua perancangan tangan-tangan yang tidak kelihatan yang wujud dalam arena politik Malaysia. Ini merupakan kerja-kerja konspirator yang tidak mahu melihat PAS berkembang kerana PAS merupakan sebuah parti yang terang-terang dan jelas menjadikan Islam sebagai teras perjuangan mereka.

Bagaimanapun saya tidak meragui lansung mengatakan mereka di dalam PAS walaupun ikhlas berjuang namun mereka bukanlah "politician" yang baik yang dapat menghidu bahawa mereka sebenarnya sekarang berada di dalam sebuah perangkap apabila bersama-sama menyertai Pakatan Rakyat.

Mereka ibarat seekor tikus yang masuk ke dalam perangkap dan perangkap itu masih terbuka lagi pintunya untuk mereka keluar dan kembali ke perjuangan asal mereka. Namun kita lihatlah nanti adakah mereka benar-benar bijak berpolitik dan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat bukan sebuah pakatan yang ingin kepada Islam "min kaffah". Malah mungkin ada di kalangan mereka tidak ada agenda agama pun. Malahan terdapat mereka yang mengatakan "I oppose an Islamic state" padahal dia seoerang beragama Islam tetapi seorang penyokong PKR dan Pakatan Rakyat.

Yang jelas dan nyata adalah Anwar Ibrahim semakin kuat kedudukannya. Anwar Ibrahim didendangkan oleh penyokong-penyokongnya. PAS turut serta dengan dendangan itu. Bukan sahaja dendangan diberi malah turut menolak sebuah kereta buruk maju ke hadapan.

Namun dalam sejarah perjuangan gerakan Islam di mana-mana pun jua di planet bumi ini mereka akhirnya akan kecewa kerana menolak sebuah kereta buruk. Seperti kata Muhammad Natsir pejuang dalam gerakan Islam mampu menolak sebuah kereta buruk ke maju ke hadapan menjadi pemimpin namun apa yang mereka perolehi adalah sekadar asap hitam apabila kereta itu maju ke hadapan meninggalkan mereka.

Lihat sahaja contoh Ikhwan di Mesir yang membantu Jamal Abdul Nasser. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Masyumi yang dibelot oleh Nahdatul Ulama ketika zaman Suharto dan mungkin kita akan melihat apa akan jadi kepada PAS apabila Malaysia berjaya diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kita lihat bagaimana PAS nanti bakal merasa diri mereka bagai cacing kepanasan.

- Muzzafar Zabidin
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.

© 2007 - 2008 by Elactos