Navigation
Photos - Random

This widget requires Flash Player 9 or better.

Ke DuniaMisteri Dot Net
Tell A Friend

Your email:
Friend's email:
Copy for you?
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Sponsored Links

Sponsored Links
Galakan Berniaga : Sudah Terhantuk Baru Terngadah
Views: 65 - Written by: muzzafar - June 25 2008 03:33:49
 
24.06.2008 @ 7:33pm

Kerajaan mamai yang mabuk terhoyong-hayang bagaikan baru lepas minum 10 koleh todi sekali lagi mengeluarkan kata-kata mengejutkan apabila menggalakkan kakitangan berpendapatan rendah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Pemberian lesen perniagaan juga dikatakan akan dipercepatkan prosesnya.

Sepatutnya memudahkan seseorang menjalankan aktiviti perniagaan itulah yang sepatutnya mereka lakukan dulu. Ini tidak. Ada sahaja orang berniaga di tepi jalan terutama di kawasan bandar yang juga tempat tinggal mereka berpendapatan rendah ada sahaja pihak penguasa tempatan yang menghambat dan menyita barangan perniagaan milik peniaga.

Pernah saya lihat seorang peniaga burger yang siangnya bekerja sebagai seorang penghantar cepat yang berniaga kecil-kecilan pada waktu malam hanya terkebil-kebil matanya apabila pondok perniagaannya dirampas oleh pihak berkuasa tempatan.

Ya kita semua faham sesuatu itu mesti menurut undang-undang yang mesti dipatuhi. Namun apa salahnya sejak dari dulu sudah ada satu mekanisme yang boleh membantu mereka tidak kira sesiapa sahaja yang ingin mencari pendapatan tambahan diberi galakan dan inisiatif untuk berniaga atau didaftarkan dengan segera di tempat mereka menjalankan perniagaan dan bukannya merampas dan menyita.

Inilah dia dikatakan sudah terhantuk baru terngadah. Apabila sudah dilanda krisis kenaikan harga minyak yang menjurus kepada kenaikan harga barang keperluan harian maka barulah memberi galakan berniaga di kalangan mereka berpendapatan rendah.

Sepatutnya galakan berniaga dikalangan berpendapatan rendah ini diberi ketika bencana masih belum menimpa agar rakyat berpendapatan rendah ini dapat meningkatkan jumlah tabungan dan boleh digunakan pada saat-saat sukar seperti yang berlaku sekarang ini.

Katakan pihak berkuasa tempatan mungkin mengurangkan aktiviti merampas dan menyita peralatan perniagaan sebagai satu bentuk sumbangan menggalakkan mereka yang berpendapatan rendah berniaga. Namun apa gunanya itu semua sekarang ini. Harga barangan sudah naik berikutan kenaikan harga petrol. Orang pasti kurang membeli kerana harga barangan yang dijual mengikut kadar harga selepas harga petrol dinaikkan. Maka terpaksalah peniaga-peniaga separa masa ini terkebil-kebil lagi mata kerana hanya melihat orang lalu-lalang yang tidak menghiraukan jualan barangan mereka.

- Muzzafar Zabidin
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.

© 2007 - 2008 by Elactos