Ular dan Manusia
Views: 56 - Written by: muzzafar - July 06 2008 06:36:32
05.07.2008 @ 10:36am
Istilah yang sangat sesuai digunakan bagi seorang yang "sekejap ni cakap lain sekejap tu cakap lain" tidak lain dan tidak bukan sering dikaitkan dengan ular. Ini kerana sifat ular apabila bergerak walaupun pergerakan badannya menuju ke arah satu tempat namun kerana sifatnya yang menjalar dan bergerak di atas perut menyebabkan badan seekor ular yang memanjang kelihatan sekejap di sebelah lain dan sekejap lagi disebelah lain.
Begitu juga sifat seekor ular tidak kira apa jenis ular sekalipun ia bersifat membelit. Samada ular sawa atau anaconda yang sifatnya akan membelit mangsanya hingga lemas lalu mati atau ular-ular spesis lain yang akan membelitkan tubuh badannya pada pohon atau ranting kayu bagi melancarkan pergerakan. Begitu juga ketika tidur ular akan kelihatan seperti membelit sehingga tubuhnya yang lurus panjang kelihatan bulat.
Itu ular. Manusia juga bersifat demikian tetapi perlakuan sekejap lain sekejap lain bukan terletak pada tubuh badan seorang manusia. Ini kerana manusia mempunyai kaki yang bergerak melangkah ke hadapan kiri dan kanan dan bukannya tubuh manusia bergerak ke kiri dan kanan. Apabila melakukan pergerakan yang agak sukar seperti di pohon-pohon kayu pula maka manusia akan menggunakan tangan dan kaki untuk mengimbangi tubuh badan bagi mengelak dari terjatuh.
Sekiranya ingin dilabel sifat seorang manusia itu sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan atau berbelit-belit ia bukannya sesuatu yang literal tetapi suatu yang lebih bertumpu kepada percakapan atau lebih tepat lagi pendiriannya yang disamakan dengan seekor ular yang sifatnya berbelit-belit. Manusia boleh berkata hari ini lain dan esok lain.
Cakap yang "sekejap ni lain sekejap tu lain" dan berbelit-belit ini sebenarnya lebih bahaya dari belitan seekor ular. Sebab itulah jika kita bertemu dengan spesis manusia yang bercakap berbelit-belit dan seekor ular maka hendaklah kita pukul manusia yang cakapnya berbelit-belit ituterlebih dahulu daripada kita memukul seekor ular.
- Muzzafar Zabidin
Comments
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
© 2007 - 2008 by Elactos

