Navigation
Photos - Random

This widget requires Flash Player 9 or better.

Ke DuniaMisteri Dot Net
Tell A Friend

Your email:
Friend's email:
Copy for you?
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Sponsored Links

Sponsored Links
Jual-Beli Hari Ini
Views: 69 - Written by: muzzafar - July 20 2008 00:36:57
 
19.07.2008 @ 4:36pm

Berjual beli pada hari ini tidak sama dengan beberapa tahun dahulu. Jika kita masih mahu mengekalkan cara jual beli beberapa tahun dahulu kita akan dikatakan ketinggalan zaman atau kita akan dianggap orang tidak berduit. Saya bukan menyatakan cara jual-beli online akibat dari ledakan internet hari ini. Tetapi ini merupakan jual beli biasa di kedai yang sering kita pergi untuk mendapatkan keperluan harian samada ada barang makanan atau peralatan yang digunakan di rumah.

Dulu jika kita beli ayam seketul atau dua ketul dan kita beli seplastik kecil kuah kari di kedai mamak maka harga ayam semata-mata akan dikira biasanya kuah diberi percuma. Tetapi hari ini kuah kari yang tak nampak pun rencah rempah termasuk bawang di dalamnya dijual dengan harga seringgit.

Beberapa tahun dahulu jika kita beli penyapu atau pengaut sampah kita akan gambarkan membeli penyapu atau pengaut sampah itu dengan batang-batangnya sekali. Namun hari ini jika kita membeli penyapu atau pengaut sampah maka kepala penyapu atau pengaut sampah dikira berasingan dengan batang. Jika tidak beli batang nampaknya terpaksa berbongkok-bongkoklah kita menyapu dan mengaut sampah. Jika kita membeli ayam tanpa kuah maka terpaksalah makan ayam semata-mata atau makan ayam dengan nasi berkuahkan kicap.

Kenapa ini boleh terjadi? Sebagai seorang Muslim saya berpandangan sistem jual beli yang wujud pada hari ini adalah sistem jual beli riba. Pada pandangan saya riba tidak semestinya dalam bentuk lebihan yang terpaksa di tanggung oleh si berhutang kepada pemberi hutang ketika membayar hutang. Ia juga datang dalam bentuk seorang peniaga mengambil untung berlebihan apabila menjual barangan. Lebih-lebih lagi jika hasil keuntungan sesuatu barangan itu melebihi 100%.

Si pembeli pula terpaksa akur. Dalam dunia hari ini jika kita merungut maka kita pula akan digelar sebagai seorang yang tidak berduit maka kita pun memperakui bentuk jual beli sedemikian dan take it for granted sebagai 'biasalah tu, sesiapa pun berniaga memang nak untung'.

Oleh kerana ia suatu bersifat riba dan kita juga bersetuju dengan jual beli dalam bentuk tersebut maka kita pun tidak pasal-pasal juga terlibat dengan riba. Sedangkan riba itu haram dan penuh penindasan dan seperti yang pernah saya dengar Ustaz Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis menyebut Allah memerangi riba lebih keras dari haramnya daging babi.

Tetapi kita dan contoh yang terdekat adalah diri saya sendiri yang mengaku Muslim ini sebenarnya hidup dalam dunia yang penuh dengan riba. Depan riba, belakang riba, kiri riba dan kanan pun riba. Beginilah keadaannya Muslim di akhir zaman yang terkepung dengan amalan riba.

Maka yang tinggal adalah rasa benci dan benci itulah selemah-lemahnya iman. Tetapi paling dahsyat orang seperti saya ini, hari ini benci tapi terpaksa juga akur dengan amalan-amalan itu iaitu benci tapi masih melakukannya. Saya sendiri pun tak tahu hendak mengkategorikan tahap apakah kebencian saya ini. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua.

- Muzzafar Zabidin
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.

© 2007 - 2008 by Elactos