Navigation
Photos - Random

This widget requires Flash Player 9 or better.

Ke DuniaMisteri Dot Net
Tell A Friend

Your email:
Friend's email:
Copy for you?
Login
Username

Password



Forgotten your password?
Request a new one here.
Sponsored Links

Sponsored Links
Muzakarah PAS dan UMNO
Views: 74 - Written by: muzzafar - July 23 2008 10:39:38
 
23.07.2008 @ 2:39am

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tidak setuju sama sekali dengan Muzakarah yang isunya pada masa ini sedang dimainkan oleh akhbar-akhbar arus perdana. Bukan sedikit malahan tiga pertemuan telah diadakan, itu menurut Abdullah Badawi ketua kerajaan BN yang kini bagai cacing kepanasan itu.

Begini agaknya tingkah laku orang yang dalam keadaan panic. Bila panic barulah mahu bermuzakarah. Pada waktu dahulu apabila negara dikejutkan dengan peristiwa rakyat dibunuh oleh kerajaan BN yang dikenali sebagai peristiwa Memali terdapat juga ura-ura untuk bermuzakarah.

Ketika itu seingat saya ada pertemuan yang diadakan oleh Allahyarham Fadhil Noor dan kalangan tertentu dari UMNO. Tidak lama selepas itu Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya melahirkan rasa kurang senang. Saya masih ingat lagi ketika itu beliau menyatakan "itu bukan muzakarah, itu hanya pertemuan biasa..." begitulah bunyinya lebih kurang.

Dari nada suaranya pada masa itu seolah-olah beliau tidak berpuas-hati dengan apa sahaja bentuk pertemuan yang diadakan diantara barisan pimpinan PAS dan mana-mana pihak dari BN khususnya UMNO. Beliau mungkin tidak bersetuju dengan keadaan itu mungkin pembunuhan terhadap yang dilakukan oleh BN.

Bagaimanapun terdapat ura-ura debat diadakan di antara kalangan dari PAS dan juga kalangan UMNO berikutan peristiwa itu. Bagaimanapun saya masih ingat lagi ketika itu adanya siaran di TV menyatakan debat itu tidak akan diadakan. Mungkin UMNO ketika itu berjaya memujuk pihak Istana agar menyuarakan pandangan lalu terbatallah debat berkenaan.

Disebabkan gawat dan rasa panic kini BN/UMNO mula mempermainkan sekali lagi isu muzakarah. Ada pendapat yang menyebut Mustafa Ali merupakan orang yang bertanggungjawab mengheret agara PAS bermuzakarah dengan UMNO.

Husam Musa dalam kenyataannya menyatakan ini merupakan taktik BN menabur benih perpecahan di kalangan PAS. Jika perkara ini tidak diberi penjelasan dan tidak ada satu suara di kalangan pemimpin PAS maka apa yang dirisaukan oleh Husam Musa itu akan menjadi kenyataan.

Anehnya Abdul Hadi Awang sendiri yang lebih 20 satu masa dahulu menentang muzakarah kini mengaku telah mengadakan pertemuan dengan mereka dari kalangan BN. Bagaimanapun alasan yang diberikan adalah demi Islam dan perpaduan Melayu. Sekiranya orang seperti Abdul Hadi Awang masih mahu percaya muzakarah ini demi perpaduan Melayu dan Islam tunggu sahajalah bala bencana besar menimpa PAS. Elakkan diri anda semua dari kebinasaan.

- Muzzafar Zabidin
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.

© 2007 - 2008 by Elactos