Isu Haji Tajaan dan Isu Royalti Minyak
Views: 113 - Written by: muzzafar - November 17 2009 18:30:46
Bagai mencurah minyak ke dalam api Pemuda UMNO bukan sahaja mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan malah hingga mempertikaikan perlantikan menantu beliau Abdul Ariffahmi sebagai CEO (rujuk Utusan 17 Nov. 2009)
Isu tajaan Haji Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan pertikaian terhadap perlantikan menantunya itu menyebabkan isu royalti minyak atau wang ehsan Kelantan kini tiba-tiba menjadi sudah tidak relevan.
Pendapat tokoh-tokoh agama yang nama mereka gah dalam persada keagamaan juga diberi tajuk muka hadapan mengulas isu Haji tajaan tersebut menjadikan ia semakin panas dan menenggelamkan terus isu royalti atau wang ehsan.
Begitu caranya suatu kumpulan lebih-lebih kumpulan yang menguasai media arus perdana yang bukan sahaja dapat menguasai keadaan malah cuba untuk menguasai fikiran para audien yang terdiri dari para rakyat pos-feudalisme yang kini dikuasai para aristokrat di negara ini.
Segolongan rakyat akan menelan bulat-bulat apa sahaja yang disuapkan manakala segolongan lagi menolak mentah-mentah. Namun hakikatnya apa sahaja yang terjadi merupakan lambakan mentimun dan lambakan bilahan pisau. Kita yang memegang kedua-duanya mesti tahu bagaimana memotongnya, cuma jangan kita terluka jari....
- Muzzafar Zabidin
- 17-Nov-2009
Comments
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
© 2007 - 2008 by Elactos

