Kasut Lebih Penting Dari Bush
Views: 137 - Written by: muzzafar - December 18 2008 02:27:03
17-DEC-2008
Grafik dan Rencana susunan :
Muzzafar Zabidin
Sehingga ini ditulis wartawan TV Al-Baghdadia Muntadhar al-Zeidi masih di tahan dan sedang disoal siasat berhubung kejadian beliau membaling Bush dengan kasut yang dipakainya. Bagaimanapun beberapa pihak kini sedang menawarkan harga yang tinggi untuk mendapatkan kasut milik wartawan berusia 29 tahun itu.
Antara yang berminat adalah Pengarah Teknikal pasukan bolasepak Iraq, Adnan Hamad yang menawarkan 100,000 dollar bagi pasangan kasut tersebut. Menurut Adnan apa yang dilakukan oleh Muntadhar merupakan rasa kecewa rakyat Iraq terhadap George W. Bush yang telah menghancurkan Iraq dan rakyatnya.
Sebuah akhbar di Arab Saudi pula melaporkan seorang ahli perniagaan dari Arab Saudi menawarkan 10 juta dollar hanya bagi sebelah kasut yang digunakan dalam kejadian itu.
Adalah dipercayai pasangan kasut tersebut dirampas oleh pihak keselamatan Iraq bagi tindakan susulan agara ia menjadi bahan bukti sekiranya Muntadhar didakwa di mahkamah. Ada desas-desus menyebut kasut tersebut akan di bawa pulang oleh pentadbiran Bush sebagai tanda ingatan saat-saat akhir Bush sebagai Presiden.
Apa yang pasti jika perbuatan Muntadhar menjadi kes mahkamah dan beliau tidak didapati bersalah maka kasut tersebut akan menjadi miliknya semula.
Tindakan Muntadhar mengundang pelbagai reaksi dan secara keseluruhannya disokong oleh pelbagai pihak. Menurut Dirham, abang kepada Muntadhar, tindakan adiknya itu merupakan luahan rasa penderitaan rakyat Iraq yang beliau saksikan setiap hari ketika menjalankan tugas sebagai wartawan. Terkejut dengan tindakan adiknya itu beliau tetap berasa bangga apa yang dilakukan Muntadhar namun tambah beliau ia bukan satu tindakan yang memusuhi rakyat Amerika secara keseluruhannya.
Anak perempuan pemimpin Libya, Muammar Gadafi mengumumkan untuk menganugerahkan Pingat Keberanian Libya kepada Muntadhari dan hampir 200 orang peguam bersedia untuk membela Muntadhari sekiranya beliau di dakwa di Mahkamah.
Pentadbiran TV Al-Baghdadia pula mendesak Presiden Maliki membebaskan Muntadhar sebagai menghormati hak kebebasan bersuara seperti yang dijanjikan oleh pihak berkuasa Amerika kepada rakyat Iraq.
Kini tidak siapa ambil pusing mengenai apa hasrat dan tujuan Bush ke Iraq. Yang penting kasut milik Muntadhar kini amat berharga!
Comments
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
© 2007 - 2008 by Elactos


