muzzafar
Blogs by this user:
Sep, 02 -10 13:09
Hassan Skodeng dan TNB (0)Jul, 18 -10 18:00
Simbol, Lambang dan Keraguan (0)Jul, 07 -10 02:54
"Muzzafar Zabidin" Yang Bukan Saya (0)Jun, 30 -10 00:11
Al-Quran Dalam Instant Messenger (0)Jun, 14 -10 09:40
Hacker : Yang Pasti Bukan Dari Indonesia (0)May, 19 -10 17:17
JAG : Bukan Keadilan Tapi Emo (0)May, 19 -10 16:48
Kerana Rakyat Malaysia Terlalu Pemurah (0)May, 02 -10 17:59
PERGI JUMPA DAN TANYA MEREKA SENDIRI!!! (0)May, 01 -10 14:25
Mungkin Bukan Bahtera Nuh Yang Ditemui (0)May, 01 -10 14:23
Sejarah Pencarian Makhluk Asing (0)Hassan Skodeng dan TNB
Hanya kerana gurauan Hassan Skodeng berhadapan dengan TNB Sang Gergasi yang membuat aduan ke atas blog beliau kerana memuat-naik artikel yang berjudul "TNB to sue WWF over Earth Hour" pada 25 March tahun ini.
Malaysia ini sebenarnya negara yang sudah gila. Dipimpin oleh orang-orang gila maka apa jua tindakan yang dijalankan oleh golongan koporatnya adalah sememangnya benar-benar gila. Hanya kerana gurauan Hassan Skodeng atau nama sebenarnya Irwan Abdul Rahman boleh didakwa sedemikian rupa yang jika sabit boleh didenda sehingga RM50,000.
Hanya kerana satu bahan gurauan TNB Sang Gergasi boleh mebuat aduan mengenai seorang insan yang kerdil. Satu tindakan yang sangat-sangat menyerlahkan kebacolan serta tidak berperi kemanusiaan!
Jika inilah dia apa yang dikatakan rakyat diutamakan sedangkan yang dilebihkan adalah para koporat keparat semoga mereka yang mencetuskan keadaan sehingga Hassan Skodeng di dakwa akan sengsara dan melingkup selama-lamanya bersama isteri dan anak-anak masing!Simbol, Lambang dan KeraguanJika kita ingin mengenakan apa-apa pakaian yang mempunyai apa jua simbol tak kiralah bentuk bintang atau bentuk kepala beruk atau bentuk kepala ayam atau bentuk kepala kucing tak payah lah nak sibuk-sibuk bertanya "eh haram ke tidak pakai macam ni..." Orang yang pada hatinya terdetik rasa ragu-ragu tak payah lah mengenakan pakaian tersebut kerana jika terdetik dalam hati "eh boleh ke tidak?" maka ia akan jadi haram. Ini kerana keraguan wujud dalam hatinya.
Keraguan yang ada dalam hati seseorang itu tidak lain dan tidak bukan kerana dia seorang yang tunduk kepada syaitan kerana yang mendatangkan keraguan dan was-was itu tidak lain dan tidak bukan melainkan syaitan jinn yang bertahta dalam hati.
Bagi mereka yang hati mereka dengan mudah digoda syaitan maka eloklah hanya berdiam diri dan tidak payah ke hulu dan ke hilir pukul canang cuba memberikan keraguan kepada orang lain. Ini kerana orang yang mendatangkan keraguan kepada orang lain itu juga adalah syaitan. Syaitan itu ada dua iaitu dari kalangan Jinn dan Manusia. "MINAL JINNATI WANNAS"
Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari kalangan Jinn dan Manusia (surah An-Naas ayat 5 hingga 6)
Tapi jika anda seorang yang hidup mudah dan tidak rigid dengan perkara-perkara bodoh tak payahlah tertanya-tanya samada apa yang dipakai itu haram atau tidak. MELAINKAN IA SATU LARANGAN YANG JELAS DAN NYATA yang telah diberitahu oleh Allah dan RasulNya yang pasti berkata sesuatu BUKAN menurut menurut hawa nafsunya dan dalam berdasarkan sesuatu konteks. Pakai sahajalah apa jua simbol dan apa jua lambanga dan jangan ada rasa menunjuk-nunjuk atau riak dan yang paling penting jangan ada keraguan dalam hati.
Apa yang menjadikan sesuatu itu haram bukan sebab lambang atau simbol itu tetapi kerana ada keraguan dalam diri seseorang itu.
- WALLAHUALAM.
"Muzzafar Zabidin" Yang Bukan SayaBaru-baru ini saya melakukan search di enjin pencari dan alangkah terkejutnya saya terlihat mesej-mesej yang menggunakan nama "Muzzafar Zabidin" menulis di topix dot com menggunakan bahasa yang amat-amat lucah dan terlalu kotor dan sangat-sangat anti-Indonesia.
Walaupun mungkin ada mengatakan nama "Muzzafar Zabidin" bukan saya seorang namun saya tahu pengguna yang menggunakan nama tersebut ingin menjatuhkan dan merosakkan nama saya.
Amatlah bodoh jika saya menulis di topix dot com menggunakan nama saya sendiri dan menulis mesej yang anti-Indonesia. Semoga orang yang menggunakan nama "Muzzafar Zabidin" di topix dot com itu akan diketahui identitinya satu hari nanti.
Sekiranya ada pihak yang dapat membantu mengesan siapa yang menggunakan nama "Muzzafar Zabidin" mengepos di topix dot com kerjasama anda sangat-sangat dihargai.
Jika keadaan terdesak satu hari nanti saya akan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat orang sebenar yang menggunakan nama "Muzzafar Zabidin". Dan kepada orang yang menggunakan nama tersebut awaslah. Hentikan perbuatan tersebut atau saya akan gunakan jalan sewajarnya untuk mengesan anda dan mengambil tindakan seterusnya.
Al-Quran Dalam Instant MessengerIni dipetik dari sebuah laman web :-
Quran, Hadeeth and Other Books on Yahoo!, MSN, ICQ, AOL, Google Talk, Jabber, IRC (DalNet,UnderNet,IRCQNet,ZaNet,AustNet,Uzbeck) and more
Assalam Alaikum Wa Rahmatullah Wa Barakatahu
To read Quran and Hadeeth on Instant messengers message Quran <surah <Ayah> to following
* Yahoo!: Quran.Noor
* Yahoo!: Quran.Mubeen
* MSN : Quran.Noble@hotmail.com
* MSN : Quran.Noble@gmail.com
* GTalk-Jabber: Quran.Noble@gmail.com
* AOL: QuranNoble
* ICQ : 44421074 or 11431053
Type help or !help to get Started - We will put complete help on this page in future. InshaAllahHacker : Yang Pasti Bukan Dari IndonesiaWebsite ini dihack beberapa hari lalu. Hacker yang melakukan hacking di website ini meninggalkan mesej FVCK MALINGSIAL. Hacking seumpama ini memang banyak terjadi kepada banyak laman web dari Malaysia dan kata-kata seperti FVCK MALINGSIAL dengan jelas seolah-olah hacker berkenaan ingin menunjukkan bahawa dia dari Indonesia.
Bagaimanapun saya mati hidup balik tidak akan percaya ia dilakukan oleh para hacker dari Indonesia kerana beberapa sebab tertentu. Bukan saya mengatakan Indonesia tidak punya hacker yang baik, malahan bagi saya hacker dari Indonesia adalah antara hacker terbaik.
Tatacara orang dari Indonesia pada pandangan saya lebih "beradab", cenderung menggunakan perkataan baik-baik. Namun mereka akan bertindak balas jika anda keluarkan kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan mereka.
Kesimpulan yang boleh saya buat mengenai siapakah orang yang melakukan hacking tersebut adalah seperti berikut :-
- Orang yang tidak ingin melihat Malaysia dan Indonesia berbaik-baik
- Orang yang mahu melihat Malaysia dan Indonesia saling berantakan
- Paling pasti BUKAN dari Indonesia
- Kawan sendiri kerana "your best friend is the worst"
JAG : Bukan Keadilan Tapi EmoHari ini 19 Mei 2010 akhbar menyiarkan berita Kumpulan Bertindak Untuk Kesetaraan Gender (JAG - Joint Action Group for Gender Equality) beriya-iya mendesak supaya Bung Mokhtar Radin meletak jawatan dan mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran. Bukan setakat satu desakan, malah mereka turut berdemo.
Bagaimanapun JAG bukanlah sebuah kumpulan pendesak yang berwibawa lagi waras. Kewarasan yang dimaksudkan di sini bukanlah kewarasan yang merujuk kepada siuman ataupun tidak. Kita tahu apa yang dimarahi oleh mereka ini sebenarnya bukanlah soal Bung Mokhtar melanggar perundangan tetapi lebih kepada soal emosi wanita yang tidak rela melihat seorang lelaki berpoligami. Jadi mereka itu sebenarnya wanita-wanita yang tidak ada kerja lain melainkan mahu menunjukkan emosi wanita untuk dipertontonkan kepada umum.
Jikalau mereka pejuang penegak keadilan dan kebenaran maka sudah lama mereka akan berdemo bagi membuktikan ketulusan dan keikhlasan. Kesimpulannya mereka memang kumpulan yang tak boleh pakai!!Kerana Rakyat Malaysia Terlalu PemurahHari ini 19 Mei 2010. Baca akhbar kegemaran aku "Sinar Harian". Shahrizat kata rakyat Malaysia terlalu pemurah menyebabkan aktiviti pengemis begitu berleluasa dan sukar dibendung. Bagaimanapun eloklah rakyat Malaysia terus bermurah hati dan tidak kedekut bersedekah.
Jika kita memberi dengan ikhlas dan tanpa mengharapkan apa-apa pembalasan kita akan mendapat pahala dan semoga Allah menerima ia sebagai ibadat dan kita mendapat keredhaannya.
Bagi aku pengemis dan peminta sedekah itu didatangkan oleh Allah sebagai ujian kepada kita samada kita ini seorang yang kedekut bakhil atau sebaliknya. Jika kita rasa ingin memberi kita berilah. Kalau kita tidak mahu memberi baik diam sahaja, senyum dan angkat tangan tanda tidak mahu memberi lebih baik dari mulut kita mengomel-ngomel menuduh pengemis itu didalangi sindikit dan sebagainya. Lainlah kalau pengemis itu mencolek kanak-kanak atau bukan kanak-kanak untuk dijadikan pengemis. Itu baru cerita lain.
Lagipun biarlah seseorang itu datang kepada kita dan meminta-minta daripada merampas hak orang lain dengan cara merompak menyamun dan meragut. Lebih dahsyat lagi kalau koporat-koporat besar melakukkan perompakan dengan cara teknikal memerangkap pengguna perkhidmatan dengan yuran tersembunyi. Kalau yuran tidak dibayar perkhidmatan pula akan dipotong. Tak perlu aku sebut siapa melakukan perkara sebegini. Sendiri mau ingatla kawan...
Koporat-koporat ini duduk di bawah ketiak kerajaan. Beri perkhidmatan itu dan ini. Sudahlah demikian, ditetapkan pula seseorang itu mesti melanggan bagi tempoh tertentu. Jika pelanggan henti perkhidmatan sebelum tempoh maka dia akan dikenakan penalti. Penalti bunyinya memang sedap dan teknikal. Jadi kelihatan apa yang koporat-koporat buat macam tidak bersalah. Padahal perkhidmatan bukannya bagus sangat.
Penalti itu bermakna denda dan denda itu terpaksa dibayar sebab disebut dalam perjanjian. Dan rakyat yang kelihatan menjadi mangsa perompakan tidak kelihatan dianiayai sebab "terms and condition apply".
Kita seolah-olah tidak kisah kalau koporat-koporat besar tidak kira telekomunikasi atau satellite TV atau apa-apa sahaja merompak cara demikian sebab mereka koporat sebab pihak berkuasa pun ada share di dalamnya. Rakyat pula memang jenis tak kesah kerana kita ini memang rakyat pos-feudalism yang dipijak-pijak para aristokrat. Maka jadilah kita macam kambing yang nak kena sembelih mbek.. mbek.. mbek.. Angguk, angguk dan angguk.... tak apa tak apa tak apa...PERGI JUMPA DAN TANYA MEREKA SENDIRI!!!Pergi jumpa mangsa rompakan.
Pergi jumpa mangsa rogol.
Pergi jumpa mangsa yang hampir terputus tangan akibat ditetak perompak.
Pergi jumpa orang yang pernah rumahnya dimasuki perompak dihalakan parang.
Pergi jumpa orang yang saudara mereka mati akibat dicincang penjenayah
senang-senang cincang orang macam cincang katak !!!
Yaaa.... seperti yang berlaku di stesyen pam Petronas di Bukit Semanggul.
Pergi jumpa suami yang isterinya dirogol dalam tandas sehingga keguguran
bayi dalam kandungan...
Pergi jumpa sekeluarga yang pernah jadi mangsa penjenayah yang masuk ke rumah
dengan senjata parang, pisau dan pistol yang tertarik dengan anak dara
sunti mereka lantas dikoyak-koyakkan baju anak dara sunti mereka di depan mereka
untuk tujuan pemerkosaan dan mereka terpaksa menyembah-nyembah macam orang
menyembah patung dalam kuil hanya untuk melepaskan anak dara sunti mereka.....
Pergi tanya ibubapa mangsa rogol di Kepong yang anak kecil mereka dirogol hingga terburai
isi-isi dalam kemaluannya..
Pergi tanya keluarga mangsa-mangsa yang mayatnya ditemui dibakar.. dikelar.. dibelah-belah
Pergi tanya ibubapa yang kehilangan anak sehingga hari ini tidak ditemui...
Pergi tanya ibubapa yang kehilangan anak dan akhirnya anaknya ditemui dalam beg dengan
mayatnya dilipat-lipat....
Pergi.. pergi jumpa mereka-mereka itu...
Pergi... Pergi... Pergi... Pergi.. Pergi Jumpa Mereka Dan Tanyalah kepada mereka..
"Sekiranya anggota polis melihat seseorang disyaki melakukan jenayah
dan yang disyaki itu tadi cabut lari, wajarkah polis melepaskan tembakan?"
JANGAN TANYA AKU!!! TANYA MANGSA-MANGSA DAN/ATAU KELUARGA MANGSA-MANGSA DI ATAS... BERITAHU AKU APA YANG MEREKA JAWAB!!!
Nak berlaku adil pun jangan lah over sangat. Takut nanti kita pulak sebenarnya yang zalim...
Mungkin Bukan Bahtera Nuh Yang DitemuiTerbaca dalam akhbar dua tiga hari lepas mengenai penemuan spesimen apa yang dipercayai kapal atau bahtera Nabi Nuh. Pertama-tama aku tidak menolak pendapat yang mengatakan banjaran pergunungan di Turki terutama di sekitar pergunungan Ararat yang bersempadan dengan Armenia dan Turki merupakan tempat berlabuhnya kapal atau bahtera Nabi Nuh tersebut.
Bagaimanapun carbon dating mendapati spesimen kayu yang dikatakan datangnya dari kapal Nabi Nuh yang baru ditemui hanya berusia 4,800. sedangkan tamaddun awal manusia adalah sekitar <> 7000 - 10,000 tahun dahulu.
Kejadian banjir besar ketika zaman Nabi Nuh (as) pastinya lebih awal dari kewujudan tamaddun manusia atau ketika terbentuknya Mesopotamia. Dan tidak diketahui berapa lamakah waktu diambil sejak dari berlabuhnya kapal Nabi Nuh di sekitar pergunungan Ararat di Turki sehingga terbentuknya tamaddun baru manusia selepas kejadian banjir besar itu. (bagaimanapun kalau calculate betul-betul memang boleh kira)
Bagaimanapun jika kita lihat dengan teliti, waktu berlakunya kecairan glasier zaman ais terakhir adalah sekitar 8,000 tahun dahulu. Myself percaya kejadian banjir besar zaman Nabi Nuh adalah juga bermakna berakhirnya zaman ais atau sekurang-kuragnya iaitu ketika berlakunya kecairan glasier pada yang melitupi sebahagian besar bumi. Terdapat ayat di dalam al-Quran yang memberikan bayangan ais mencair yang dinyatakan oleh Allah sebagai :-
"Hingga apabila datang perintah Kami dan mendidih bumi .... " (Surah Hud ayat 40)
(Terjemahan A. Hassan)
Mungkin ayat tersebut dapat memberi petunjuk kepada kita anggaran bila berlakunya kejadian banjir besar tersebut.
OK now let's kaji time frame.. Jarak waktu antara kita hingga kezaman Nabi Isa cincai-bocai boleh dikatakan sekitar 2000 tahun dahulu. Sekarang kita trace pulak apa yang wujud 2800 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Ok.. jom kira... kewujudan kerajaan Akkadia (Akkadian Empire) yang menggantikan kerajaan Sumaria (Sumerian Empire) adalah sekitar 2340 BC. Sebelum kewujudan Empayar Akkadia kerajaan yang wujud adalah Empayar Sumaria yang dikatakan wujud 4000 BC iaitu 4000 tahun sebelum kelahiran Isa. So 4000 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa (as) campur 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa adalah 6000 tahun dahulu.
Ini bermakna spesimen yang ditemui oleh para EVangelical Arachaeologist tersebut mungkin berasal dari zaman antara Empayar Sumaria dan Akkadia. Therefore, kesimpulannya mengatakan kejadian banjir besar Nabi Nuh 4800 tahun dahulu adalah suatu yang agak kurang tepat.
(Hakcipta Terpelihara - Muzzafar Zabidin (C) 2010)
- Tunggu artikel bernada serious yang akan tersiar dalam sebuah majalah tempatan.
-----------
Few Notes :
- Nabi Ibrahim adalah seoerang berbangsa Sumaria
- Kejadian banjir besar sehingga menyebabkan seluruh bumi tenggelam adalah satu kejadian perpindahan orbit bumi dari orbit yang jauh dari matahari kepada orbit yang berhampiran dengan matahari dekat (tu pasal bumi sejuk dan wujud zaman ais)Sejarah Pencarian Makhluk AsingBaru-baru ini kita dikejutkan oleh kenyataan Stephen Hawking agar kita tidak menghubungi makhluk asing. Sekarang kita lihat sejarah percubaan menghubungi makhluk-makhluk asing oleh para saintis. Ini merupakan petikan dari thesis saya berjudul "Kajian UFO Menurut Pandangan Amaluddin Darus" ketika dalam pengajian. Petikan ini sudah diubah suai untuk posting ke FB. So sorry kalau ada bahagian-bahagian seperti terputus sehingga menyebabkan anda terpotong stim....
Sejak terjadinya kes kenampakan UFO yang pertama yang dilaporkan oleh Kenneth Arnold pada tahun 1947 yang membawa kepada penyiasatan UFO, bermula dengan Project Sign dan Project Grudge sehinggalah kepada pembubaran Projek Blue Book tidak ada sebarang kajian secara saintifik ke atas UFO dijalankan.
Pertengahan tahun 1960an, beberapa ilmuwan antaranya James E McDonald, seorang ahli meteorologi dari Universiti Arizona (Tucson), dan J Allen Hynek, seorang ahli astronomi dari Universiti Northwestern (Evanston, Illinois), menyimpulkan bahawa satu peratusan kecil dari laporan UFO yang paling boleh dipercayai memberikan pendapat tentang adanya makhluk asing angkasa lepas (extraterrestrial).
Hipotesis sensasi yang dimuat secara besar-besaran di akhbar dan majalah itu ditentang oleh ilmuwan lain. Pada tahun 1968, kontroversi yang berlarutan menyebabkan pihak Angkatan Tentera Udara AS meminta bantuan ahli akademik dari Universiti Colorado menjalankan kajian terhadap UFO. Ia dilaksanakan di di bawah pimpinan EU Condon, seorang ahli fizik.
Satu rangkaian pengesanan radar dan kenampakan secara visual yang terjadi di Washington telah mendorong pemerintah AS membentuk sebuah panel para intelek terdiri dari kalangan jurutera, ahli meteorologi, ahli fizik, dan seorang ahli astronomi. yang diketuai oleh HP Robertson, seorang ahli fizik dari Institut Teknologi California (Pasadena).
Pembentukan tiga buah Projek penyiasatan UFO yang ditubuhkan iaitu Project Sign, Project Grudge dan akhirnya Project Bluebook merupakan siasatan-siasatan terhadap kes semata-mata bagi menyebarkan kepada umum tentang apakah dia UFO itu. Jelasnya kajian terhadap UFO bukanlah suatu kajian saintifik sehinggalah pada tahun 1968 iaitu ketika Projek Blue Book sedang berjalan pihak angkatan tentera Udara AS telah menyerahkan kepada satu badan khas untuk mengkaji UFO secara saintifik.
Laporan Condon, “A Scientific Study of UFOs”, dikaji oleh sebuah suruhanjaya khas dari Akademi Sains Nasional dan diumumkan pada awal 1969. 37 orang ilmuwan ditugaskan menulis bab-bab atau bahagian-bahagian tertentu untuk laporan itu, yang meliputi penyiasatan terhadap 59 kenampakan UFO secara nyata. “Kesimpulan dan Cadangan” yang ditulis oleh Condon sendiri dengan tegas menolak (extraterrestrial hypothesis - ETH) dan menyatakan “penyiasatan yang lebih mendalam adalah tidak perlu”. Usaha Angkatan Tentera Udara menyerahkan kajian UFO secara saintifik kepada University of Colorado sebenarnya lebih mengundang banyak masalah daripada penyelesaian masalah.
Para saintis yang pernah terlibat dalam penyiastan UFO memberikan kritikan hebat terhadap Laporan Condon. J. Allan Hynek misalnya berpendapat laporan tersebut suatu yang tidak memenuhi syarat sebagai laporan yang bersifat saintifik. Ini kerana Jawatankuasa Laporan Condon hanya menyiasat bilangan kes-kes kecil yang dikumpul sejak 20 tahun dan perbahasan saintifik yang diketengahkan merupakan sekadar melepaskan batuk di tangga dan dianggap hanya sekadar untuk memberi “kelegaan saintifik”.
Stanton Friedman seorang pakar fizik nuklear dan juga seorang pengkaji UFO berpandangan Laporan Condon berlawanan dengan data yang diketengahkan pada keseluruhan laporan tersebut dan beliau menyatakan jawatankuasa kajian UFO yang dibentuk oleh American Institute of Aeronautics and Astronautics membuat kesimpulan bahawa Laporan Condon itu tidak menyelesaikan persoalan tentang realiti UFO dan apa yang lebih diperlukan adalah kajian secara kuantitatif oleh komuniti saintifik dan kejuruteraan.
Maka empat tahun selepas Project Blue Book ditamatkan maka pada tahun 1973, Dr. J. Allen Hynek menubuhkan Center for UFO Studies (CUFOS) di Northfield, Illinois dan beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Saintifik dalam pertubuhan tersebut sehinggalah kematian beliau pada 1986.
Sememangnya persoalan kehidupan makhluk asing angkasa lepas (extra-terrestrial) sesuatu yang menarik untuk dibicarakan malahan ia suatu yang selalu menimbulkan perdebatan hangat di kalangan para pengkaji UFO. Kita telah melihat bagaimana hipotesis extra-terrestrial yang timbul pada masa Project Grudge menyebabkan pihak tentera udara AS (USAF) menaja sekumpulan saintis di Universiti Colorado meneliti laporan-laporan UFO dan dengan rumusan yang diberi oleh Laporan Condon menyebabkan Project Bluebook akhirnya dihentikan disebabkan kenyataan Condon sendiri yang mengatakan “tidak perlu diadakan kajian yang lebih mendalam lagi”.
Walaupun hipotesis makhluk asing angkasa lepas (extra-terrestrial hypothesis) sering ditolak oleh ahli-ahli sains terutama yang terlibat dalam penyiasatan UFO namun terdapat ahli-ahli sains yang masih terbuka fikiran mereka untuk mencari kehidupan di angkasa lepas. Mereka ini bukan pengkaji UFO malahan sering cuba menjauhkan diri daripada fenomena UFO.
Segalanya bermula pada tahun 1959 apabila dua orang ahli fizik iaitu Giuseppe Cocconi dan Philip Morrison menulis sebuah artikel berjudul “Searching for Interstellar Communications.” (Pencarian Komunikasi Antara Bintang) di dalam journal Nature, sebuah journal mingguan British.
Cocconi dan Morrison berpendapat teleskop radio terkini pada masa itu begitu sensitif dan sudah mampu mengutip isyarat radio yang mungkin disiarkan di angkasa oleh kehidupan yang mendiami planet-planet yang mengorbit bintang-bintang lain di luar sistem suria. Mereka berpendapat mesej-mesej yang dihantar mungkin berada pada tahap 21 sentimeter (1,420.4 megahertz) ukuran gelombang.
Tujuh bulan selepas artikel tersebut tersiar, Frank Drake, seorang ahli astronomi memulakan usaha mencari makhluk asing angkasa lepas (extra-terrestrial) dengan menggunakan satu kaedah sistematik. Beliau menggunakan parabola berukuran 25 meter milik Balai Cerap Astronomi Radio Kebangsaan di Green Bank, Virginia Barat.
Dalam projek yang dikenali sebagai Projek Ozma (berdasarkan nama satu watak dari novel karya L. Frank Baum berjudul Ozma of Oz), Drake cuba mengesan isyarat radio dari dua buah bintang (di luar sistem solar) iaitu Epsilon Eridani dan Tau Ceti. Dari April hingga Julai 1960 Drake cuba mengesan isyarat makhluk asing menggunakan peralatan berfrekuensi tinggi namun usaha itugagal.
Setelah itu Drake bercadang mengadakan pertemuan dengan sekumpulan ahli sains bagi membincangkan hala tuju usaha pencarian makhluk asing yang kini dikenali sebagai SETI. Pada tahun 1961 beberapa orang juruteknik, ahli astronomi dan ahli biologi mengadakan pertemuan selama dua hari di Green Bank. Pertemuan ini turut dihadiri oleh Carl Sagan dan Melvin Calvinm, pemenang anugerah Nobel dalam bidang kimia)
Sebagai persediaan dalam pertemuan itu, Drake menghasilkan satu formula yang terkenal di kalangan pengkaji pencarian makhluk asing. Formula ini lebih dikenali sebagai formula persamaan Drake atau Drake Equation. Formula Persamaan Drake (Drake Equation) bertujuan mencari keberangkalian bilangan tamadun yang mempunyai kecerdasan yang berada di galaksi yang mungkin menyalurkan isyarat. Antara faktor yang diambil kira adalah berapa banyakkah bilangan bintang yang juga merupakan matahari yang wujud di dalam galaksi yang kita diami. Begitu juga dengan bilangan planet-planet yang mungkin wujud kehidupan yang mampu berkomunikasi.
Pada 16 November 1974 isyarat pertama dari bumi telah dihantar ke angkasalepas menggunakan sebuah telescope radio berukuran 1000 kaki (305 meter) bagi mengesan penghidupan yang terdapat di sana. Mesej yang dihantar adalah merupakan rajah-rajah simbol matematik yang seakan-akan simbol-simbol tertentu seperti rajah DNA dan rajah antena peralatan teleskop radio di Aericibo.
Isyarat tersebut telah di hantar ke M13 , gugusan bintang-bintang yang mempunyai sebanyak 300,000 bintang yang jaraknya 21,000 tahun cahaya dari bumi. Adapun isyarat itu hanya mampu dikesan oleh sebuah antena yang mempunyai saiz yang sama seperti saiz teleskop radio di Aericibo yang terletak di mana-mana planet di gugusan bintang-bintang tersebut.
Penghujung tahun 70an program-program SETI dikendalikan di Pusat Penyelidikan Ames milik NASA dan Makmal Kuasa Rejangan Jet di Pasadena, California sehinggalah pada tahun 1992 bertepatan dengan tarikh perayaan 500 tahun Columbus menemui Amerika, Kongres menamatkan pembiayaan terhadap program-program SETI.
Selain daripada projek projek pencarian makhluk asing angkasa lepas (extra-terrestrial) menggunakan teleskop radio yang dilancarkan pada tahun 1974, ahli-ahli sains SETI juga ada menjalankan projek berbantukan komputer. Projek yang dilancarkan secara rasmi pada 17 May 1999 itu memberi peluang kepada sukarelawan di seluruh di dunia memasang satu perisian komputer dalam bentuk screen saver yang akan
Sekumpulan saintis di University of California, Berkeley pula memantapkan lagi pencarian isyarat dari makhluk asing itu dengan menjalankan satu projek dikenali sebagai SETI@HOME yang menjadikan komputer peribadi para sukarelawan di seluruh dunia. Sukarelawan yang berada di 226 negara dari seluruh dunia hanya perlu memasang perisian SETI@home di dalam komputer peribadi masing-masing bagi menjalankan analisa terhadap data-data yang diperolehi dari teleskop-radio di Arecibo, Puerto Rico
Perisian ini bertindak dengan setiap isyarat radio yang diterima dari Projek Serendip Berkeley yang menggunakan peralatan parabola teleskop terbesar di dunia setinggi seribu kaki yang terletak di Balai Cerap Arecibo, Puerto Rico akan dibahagi-bahagikan menjadi saiz sebesar 300 kilobait dan data-data yang telah dikecilkan itu disebarkan pada komputer-komputer yang telah memasang dan menjalankan perisian SETI@home. Komputer yang ingin membantu analisa tersebut perlu dihubungkan ke rangkaian Internet terlebih dahulu agar perpindahan melalui rangkaian tersebut boleh dilakukan kepada komputer-komputer yang menjalankan perisian tersebut.
Program tersebut akan bertindak pada "background" yang bermakna seseorang itu boleh menggunakan komputernya seperti biasa manakala program SETI@home pula akan meneruskan kerja-kerja penganalisaan data tanpa mengganggu kerja-kerja lain yang dilakukan oleh seseorang pengguna komputer.
Keputusan yang dihasilkan akan dipindahkan ke komputer di Berkeley dan dalam masa sama data yang baru untuk dianalisa akan dipindah turun ke dalam komputer seseorang sukarelawan yang menjalankan perisisan SETI@home itu. Data yang diterima oleh Berkeley dari komputer peribadi itu tadi akan dianalisa untuk mengesan frekuensi-frekuensi tertentu bagi proses penganalisaan seterusnya.
Versi ke-3 perisian SETI@home yang baru sahaja dikeluarkan dikatakan akan mempunyai keupayaan untuk mengesan isyarat-isyarat yang lebih kompleks seperti mengesan isyarat-isyarat yang diangkut dengan frekuensi 50 Hz berbanding dengan perisian SETI@home terdahulu yang hanya mampu mengesan isyarat yang diangkut menggunakan frekuensi sebanyak 10 Hz.
Pencarian yang dijalankan oleh pihak SETI ini bukan sahaja sekadar satu pencarian terhadap makhluk angkasa lepas (extra-terrestrial) tetapi ia juga merupakan pengesanan terhadap teknologi makhluk-makhluk asing tersebut.
Dengan itu para ahli sains SETI mesti memikirkan apakah teknologi yang digunakan oleh para makhluk asing tersebut. Mungkin kita telah ketinggalan seribu tahun pada mengikut perbandingan masa dengan mereka itu.
Selain itu dengan penghantaran isyarat yang berupa rajah-rajah simbol matematik yang seakan-akan simbol DNA yang di hantar ke M13 dan spekulasi bahawa isyarat tersebut hanya mampu dikesan jika terdapat sebuah antena bersaiz sama seperti saiz teleskop radio di Aericibo yang terletak di mana-mana planet di gugusan bintang-bintang berkenaan. Persoalannya adakah makhluk asing angkasa lepas (extra-terrestrial) yang berada di planet-planet lain menggunakan teknologi yang serupa seperti yang digunakan oleh pemancar isyarat di Aericibo. Jika ada, apakah terdapat keserasian antara teknologi satelit yang wujud di Aericibo dengan apa yang terdapat di planet-planet selain dari bumi?
Selain daripada itu isyarat yang dihantar oleh tersebut tidak akan sampai ke destinasi iaitu di gugusan galaksi M13 disebabkan sifat galaksi yang berputar akan menyebabkan galaksi M13 beralih dan menyukarkan penerimaan isyarat dari Aericibo.
Apa yang pasti adalah laporan kenampakan UFO lebih bermakna berbanding percubaan mengesan isyarat radio dari kehidupan makhluk asing angkasa lepas (extra-terrestrial). Malahan kesempatan untuk mendalami fenomena aneh yang terdapat ruang udara bumi memberi makna yang lebih besar daripada cuba mengesan isyarat radio dari satu kehidupan yang jarak kedudukannya adalah beberapa ribu tahun cahaya. Keadaan ini disuarakan oleh Stanton Friedman :-
"Jika benar-benar serius di dalam pencarian
makhluk asing angkasa lepas mengapa tidak sahaja
berhubung dengan pemandu pesawat UFO berkenaan."
Hakcipta Terpeliihara
- Muzzafar Zabidin (c) 2010
© 2007 - 2008 by Elactos

